Sunday, 27 November 2016

Assalamualaikum ...hari ini saya akan berkongsi resepi yang sangat menarik dan mudah untuk dibuat.

BUBUR KACANG HIJAU
 

BAHAN-BAHAN
  • kacang hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 5 sudu besar sagu
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  1. Rendam kacang hijau semalaman dan rebus sehingga empuk.
  2. Masukkan gula pasir, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk kacang hijau tadi dan masak sehingga mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan sagu.
  3. Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidangkan bubur kacang hijau tersebut






TETAMU TAK DIUNDANG

pagi tadi kau datang lagi
mengetuk tiang usus
memekit di telinga
menggigit di hempedu
minta dilepaskan

aku pintas bangun
mula melangkah longlai
walau terpaksa
meninggalkan segala-galanya
ku gagahkan jua
menuju ke tempat yang kau hajatkan

ku tinggalkan kau di sana
bersama sahabatmu yang lain
jujur ku akui
melepaskanmu memang perit
ku terpaksa menguatkan diri
menahan peritnya yang membara

tapi aku bahagia
kerna kau telah pergi
kau tak ganggu aku lagi
mungkin hanya hari ini
esok ku rasa kau kembali
seperti tadi






PENGEMIS SETIA

kau disana
sentiasa ada disana
tetap berdiri tegak 
mengharapkan dia hadir
membawa yang masih suci

tapi kau tetap terima
walau dia hadir 
bukan seperti apa inginmu
kau terima tanpa merungut
kau tak memilih
asalkan dia dapat mengisi
ruang kosong yang tersisa

hari-hari kau perlukan dia
kau tak bisa hidup tanpanya
jika dia tidak datang
kau akan merayu kepada aku
merayu kepada kami
untuk berikan dia kepada kau






Saturday, 26 November 2016

TANGAN

tangan itu gelap
tangan itu besar
tangan itu kasar

tetapi tangan itu
membawa seribu erti
menyuntik sejuta kekuatan
mengusap tanpa bantahan
membelai tanpa lepas
menyentuh tanpa dipaksa

tapi semalam dia pergi
dia pergi tanpa sedar
tidak tahu ke mana tujunya
mungkin ke satu tempat
yang bukan kerelaannya

saat dia pergi
aku buntu
aku hilang tujuan
kerna dia bawa bersama kekuatanku
dia sembunyikan harapanku
dia hancurkan pengorbananku

saat dia pergi
tiada lagi tangan yang menyambut
dikala aku jatuh tersungkur
tiada lagi tangan yang membelai
disaat aku perlukannya
tiada lagi tamparan keramat
disaat aku berpaling

kini tangan itu
aku hanya mampu menatap
dari kejauhan yang samar
dari pintu kaca yang menghalang
dari tiang besi yang menghukum




Assalamualaikum ...pada hari ini saya akan berkongsi cara untuk membuat blog
sekiranya anda masih belum mempunyai akaun gmail berikut adalah langkah-langkahnya:

1.Klik pada sign up jika belum ada akaun gmail
2.Isikan butiran-butiran yang dikehendaki dalam form  yang disediakan  dan klik pada next step
3.Anda akan masuk ke langkah kedua iaitu membuat profile blog dan anda perlu klik ke next step


4. Apabila anda telah melalui langkah ketiga ini bermaksud anda telah berjaya membuat akaun blogger anda.


5.Klik back to blogger
6.Anda dibawa ke dashboard blogger..klik pada new blog



7. Masukkan tajuk blog dan alamat blog anda dan pilih template yang dikehendaki.Kemudian klik create blog




8.Anda dibawa kembali ke dashboard…klik pada start posting





9.Masukkan tajuk artikel pada title …taipkan artikel pada ruangan yang disediakan dan klik publish untuk memaparkan posting anda.